← Back to list
Irfan Zakaria mampu perkuat pertahanan Harimau Muda
Nov 08, 2019
Irfan Zakaria mampu perkuat pertahanan Harimau Muda
Foto - Berita Harian
Datuk Ong Kim Swee percaya kehadiran Irfan Zakaria bakal memperkuatkan lagi barisan pertahanan skuad bawah 22 negara untuk menghadapi Sukan SEA Filipina.
Jurulatih itu yakin, pengalaman yang dimiliki pemain Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu dapat bantu pasukan negara meraih keputusan positif nanti.
Tambah Kim Swee, seorang lagi pemain lebih umur akan diputuskan selepas dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya.
-----
Harimau Malaya cari formula terbaik
Foto - AFF Suzuki Cup
Skuad Harimau Malaya akan menggunakan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Tajikistan esok bagi mencari fomula terbaik untuk berdepan Thailand dan Indonesia.
Selepas tewas dua kali dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia perlu meraih keputusan positif untuk kekal releven dalam saingan itu.
Untuk itu, jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu melihat para pemain konsisten dengan corak permainan pasukan.
-----
Pemain Liga Super dan Liga Perdana bebas pilih nombor 1 hingga 99
Foto - Stadium Astro
Liga Bola Sepak Malaysia umum benarkan pemain Liga Super dan Liga Perdana menggunakan nombor jersi dari 1 hingga 99 bermula musim 2020.
Sebelum ini, penggunaan nombor jersi bermula 1 hingga 30 hanya bagi pemain daripada skuad utama dan nombor 31 hingga 50 bagi pemain pasukan bawahan.
Manakala penggunaan nombor jersi nombor 51 hingga 60 hanya dibenarkan bagi pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi