← Back to list
JDT baham skuad kebangsaan Turkmenistan
Jan 27, 2020
JDT baham skuad kebangsaan Turkmenistan
Foto - JohorSouthernTigers
Juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT cipta kejutan dengan menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dalam aksi persahabatan siri jelajah pra musim di Dubai.
Ini merupakan kemenangan kedua skuad Harimau Selatan selepas tumpaskan Dibba Al Fujairah 1-0, minggu lalu dan tewas 0-2 kepada juara Liga Latvia, Riga FC sebelum itu.
Skuad kendalian Benjamin Mora seterusnya dijadual bertemu kelab Slovakia, MSK Zilina, Rabu ini selebum aksi terakhir menentang kelab UAE, Emirates FC pada Khamis.
-----
Ong Yew Sin/Teo Ee Yi raih gelaran pertama 2020
Foto - Badminton Association of Malaysia
Pasangan di ranking ke-20 dunia, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi rangkul gelaran pertama tahun ini dengan muncul juara beregu lelaki badminton Masters Thailand.
Wakil tunggal Malaysia di pentas akhir itu mengambil masa 72 minit untuk mencatatkan keputusan 18-21, 21-17, 21-17 ke atas pasangan dari China.
Yew Sind dan Ee Yi sebelum ini merupakan antara tujuh pemain digugurkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), awal bulan ini.
-----
Legenda NBA maut nahas helikoper
Foto - USA Today
Legenda bola keranjang NBA, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter di California pada usia 41 tahun.
Dia dilapor antara sembilan penumpang yang terbunuh dalam tragedi itu termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.
Kobe Bryant pernah merangkul kejuaraan NBA sebanyak lima kali sepajang 20 tahun kariernya bersama LA Lakers selain muncul Pemain Paling Bernilai NBA pada 2008.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi