← Back to list
JDT sisihkan Gonzalo Cabrera daripada ACL
Jun 17, 2021
JDT sisihkan Gonzalo Cabrera daripada ACL
Foto - AFC
Pemain sayap kiri JDT, Gonzalo Cabrera tidak tersenarai dalam kalangan 30 pemain bagi mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia di Bangkok, Thailand bermula Selasa depan.
Juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu turut tidak menyenaraikan Shahrul Saad, sebaliknya meletak pemain naturalisasi, Guilherme de Paula dalam pasukan itu.
Beberapa muka baru turut disenarai termasuk bekas pemain Perth Glory, Shane Lowry serta pemain muda berusia 19 tahun, Chia Rou Han.
-----
MUFC selesai terima vaksin
Foto - MUFC
Pengurusan Melaka United gembira pemain dan pegawai pasukan itu selesai menerima vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Hospital Jasin, semalam.
Pengurus pasukan, Akram Abdullah berkata, pihaknya bersyukur kerana diberikan vaksin termasuk dos kedua selepas ini sebelum Liga-M kembali bersambung, bulan depan.
Tambahnya, vaksin itu sangat penting kerana mereka terdedah kepada pelbagai aktiviti dan perlawanan sekali gus dapat menjamin kesihatan serta keselamatan pemain.
-----
Beri masa kepada de Paula, Krasniqi
Foto - TooDia
Persatuan Bolasepak Malaysia gesa peminat bola sepak tanah air beri masa dan bersikap adil terhadap dua pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.
Ini selepas kedua-dua pemain terbabit didakwa tidak beri impak kepada skuad Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang berakhir semalam.
FAM pada masa sama tetap mempertahankan program naturalisasi itu kerana objektif badan induk itu adalah untuk memperbaiki prestasi skuad Harimau Malaya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi