Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

berita sukan

← Back to list

KBS akan rayu MKN teruskan Piala Malaysia

Nov 11, 2020


KBS akan rayu MKN teruskan Piala Malaysia

Foto - Perak Today

Kementerian Belia dan Sukan akan merayu Majlis Keselematan Negara supaya saingan Piala Malaysia diteruskan jika terdapat penurunan kes COVID-19 dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau secara peribadi bagaimanapun berharap ia dapat diteruskan di negeri-negeri zon hijau.

Saingan Piala Malaysia masih lagi berbaki tujuh perlawanan bermula dengan empat aksi suku akhir yang sepatutnya berlangsung esok dan lusa.

-----

Skuad boling boleh kembali berlatih

Foto - New Straits Times

Kongres Tenpin Boling Malaysia mengesahkan, skuad boling negara kini diberikan lampu hijau untuk kembali menjalani latihan di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya bermula esok.

Skuad boling sudah lebih sebulan setengah tidak berlatih kerana menjalani kuarantin sejak 27 September susulan seorang pekerja di salah sebuah kedai dalam Sunway Pyramid didapati positif COVID-19.

Ini ditambah lagi dengan keputusan kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober lalu.

-----

Pembatalan SUKMA, kerugian adalah minimum

Foto - Harian Metro

Sekretariat Sukan Malaysia Johor (SUKMA Johor) mengesahkan kerugian dialami selepas Sukan Malaysia 2020 yang dijadualkan semula penganjurannya tahun depan dibatalkan adalah minimum.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya sudah pun meminta kerajaan pusat memaklumkan lebih awal bagi membincangkan mengenai pembatalan itu.

Pihaknya juga mengesahkan infrastruktur dan fasiliti menghadapi SUKMA 2022 kini berada di tahap 99 peratus siap dan tidak timbul masalah venue akan jadi gajah putih selepas pembatalan SUKMA 2020


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi