← Back to list
KBS tidak halang atlet ke China.
Feb 06, 2020
Foto : Stadium Astro
Kementerian Belia Dan Sukan tidak menghalang mana-mana atlet untuk bertanding atau jalani latihan di China biarpun negara itu berdepan penularan wabak koronavirus.
Menterinya, Syed Saddiq berkata pihaknya telah keluarkan garis panduan berhubung perkara tersebut dan terpulang kepada para atlet untuk mematuhinya.
Foto : Stadium Astro
Beberapa atlet terjun telah dibawa pulang dari negara tersebut atas permintaan mereka namun bekas juara dunia terjun, Cheong Jun Hoong ingin terus jalani latihan di Guangzhou.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara akan sentiasa memantau keadaan Jun Hoong dan tidak akan teragak-agak untuk membawanya pulang jika berlaku sebarang perkara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi