← Back to list
KFA nafi Raja Muda Kedah bakal presiden baru
May 18, 2020
KFA nafi Raja Muda Kedah bakal presiden baru
Foto - Persatuan Bola Sepak Kedah
Persatuan Bola Sepak Kedah nafi khabar angin mengaitkan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin sebagai calon meneraju badan induk itu selepas ini.
KFA beritahu Harian Metro, sebarang perubahan pucuk pimpinan pentadbiran KFA akan mengikut tatacara perlembagaan serta statut bagi tujuan pelantikan presiden baru.
Menurut perlembagaan dan statut KFA, tidak disyaratkan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman secara automatik dilantik menjadi Presiden KFA.
-----
TMJ bangga pencapaian Safawi
Foto - JohorSouthernTigers
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bangga selepas pemainnya, Safawi Rasid mengharumkan nama pasukan itu dan juga nama negara di pentas Asia.
Ini selepas jaringan Safawi ketika menentang Shandong Luneng tahun lalu raih undian tertinggi sebagai gol lencongan terbaik Liga Juara-Juara Asia 2019.
Safawi yang mendapat 50 peratus undian menerima cabaran sengit daripada pemain pasukan Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus daripada jumlah keseluruhan undi.
-----
Lee Zi Jia tak sabar dalami ilmu Seu Bock
Foto - Badminton Association of Malaysia
Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia beritahu BH Sukan, dia tidak sabar menimba ilmu daripada Datuk Tey Seu Bock yang kembali diberi peranan membimbing perseorangan lelaki negara.
Zii Jia berharap, dia dapat belajar banyak perkara dan percaya prestasinya akan meningkat di bawah bimbingan Seu Bock serta pembantunya, Hendrawan.
Kombinasi Hendrawan dan Seu Bock sebelum ini sudah terbukti mampu menghasilkan keputusan positif apabila membantu Chong Wei memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi