← Back to list
Kedah kebal di laman sendiri, PDRM calar rekod JDT II
May 04, 2019
Foto - Persatuan Bolasepak Kedah
Kedah kekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri musim ini selepas kalahkan Kuala Lumpur 5-2 dalam aksi Liga Super di Alor Setar, malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus membantu skuad Lang Merah naik ke tangga ketiga liga, lapan mata di belakang pendahulu, JDT.
Foto - Perak The Bos Gaurus
Satu lagi pertemuan menyaksikan PKNS FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas seri 3-3 dengan Perak di Stadium Shah Alam.
Nazirul Naim Che Hashim muncul penyelamat skuad The Bos Gaurus apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 permainan.
Foto - Johor Southern Tigers
Dalam aksi Liga Perdana, PDRM kejutkan JDT II 1-0 sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga itu, musim ini.
Dua lagi perlawanan berkesudahan, Terengganu FC II kalahkan UiTM FC 1-0 manakala UKM FC seri 1-1 dengan Pulau Pinang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi