← Back to list
Kelantan dipotong 3 mata daripada Liga Premier 2019
Apr 11, 2019
Foto - Persatuan Bolasepak Kelantan
Persatuan Bolasepak Malaysia umumkan, pasukan Kelantan secara serta merta dipotong tiga mata dalam saingan Liga Premier 2019.
Ini selepas Persatuan Bolasepak Kelantan didapati gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas Pengarah Teknikal KAFA, Alfredo Carlos Gonzalez.
Foto - Persatuan Bolasepak Malaysia
Biarpun KAFA telah dikenakan pemotongan tiga mata, mereka bagaimanapun tetap perlu untuk melunaskan juga bayaran seperti dinyatakan itu.
Ini bagi mengelak badan induk bolasepak Kelantan itu dikenakan hukuman atau tindakan lanjut lain yang lebih berat daripada FIFA selepas ini.
Foto - Malaysian Football League
Justeru, FAM hari ini telah memajukan surat arahan daripada FIFA itu kepada Liga Bolasepak Malaysia untuk keluarkan surat rasmi berhubung pemotongan tiga mata itu kepada skuad The Red Warriors.
FAM dalam pada itu mengingatkan serta menasihati ahli-ahli gabungan yang lain supaya tidak mengambil mudah arahan berkaitan hukuman yang telah dijatuhkan oleh FIFA atau AFC atau menanggung akibatnya nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi