← Back to list
Kelantan selesai tunggakan gaji pemain, pegawai
Sep 18, 2020
Kelantan selesai tunggakan gaji pemain, pegawai
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Kelantan FC maklumkan, setakat semalam pihaknya telah berjaya selesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2017, 2018 dan 2019.
Antara yang disenarai ialah Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Bruno Lopez, Badhri Radzi dan jurulatih, Yusri Che Lah.
Malah, pihaknya juga sudah melangsaikan tunggakan enam bulan gaji pagi pemain yang bertanding dalam Liga Premier, musim ini.
-----
FAM beri Kedah talian hayat
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju memanjangkan tempoh penswastaan kelab kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sehingga Jumaat ini (25 Sept).
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memberi lampu hijau kepada FAM untuk mengecualikan Kedah daripada menyelesaikan proses penswastaan kelab yang sepatutnya berakhir 31 Ogos lepas.
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran sejak Jumaat lepas, bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
-----
Nasihin sah latih skuad hoki wanita kebangsaan
Foto - Stadium Astro
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) secara rasmi umumkan pelantikan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim sebagai ketua jurulatih skuad hoki wanita negara.
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, bekas penjaga gol skuad negara itu akan menggalas tugas berkenaan dengan kontrak selama dua tahun.
Menurutnya, Nasihin berjaya meyakinkan KHM menerusi pembentangan dilakukannya termasuklah apakah program dan perancangan yang mahu dilakukan ke atas skuad wanita.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi