← Back to list
Kelayakan Piala Asia : Malaysia Berada Pada Tahap Terbaik
Oct 13, 2025
Kelayakan Piala Asia : Malaysia Berada Pada Tahap Terbaik
Peter Cklamovski optimis skuad Harimau Malaya berada pada tahap terbaik menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Pengendali skuad kebangsaan itu berkata antara fokus kali ini adalah memastikan pasukan lebih efisien terutamanya di bahagian penyudah.
Khamis lalu, Malaysia benam Laos 3-0 yang juga kemenangan ketiga berturut-turut pada kejohanan itu.
Dalam perkembangan lain, Peter Cklamovski mohon maaf dan menjelaskan beliau tiada niat untuk tidak menghormati FAM susulan kenyataannya selepas aksi Malaysia lawan Laos, Khamis lalu.
Terdahulu, pengendali skuad Harimau Malaya itu ada menyebut berkenaan kesilapan pentadbiran FAM ketika kemukakan dokumen 7 pemain warisan kepada FIFA.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi