← Back to list
Kelayakan Piala Dunia 2022 : Tan Cheng Hoe positif bertemu Timor Leste
Apr 17, 2019
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe positif dengan undian pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung, hari ini.
Pada majlis undian itu, skuad kebangsaan diundi bertemu Timor Leste dengan perlawanan berlangsung pada 6 dan 11 Jun depan.
Foto - Stadium Astro
Cheng Hoe bagaimanapun enggan ambil mudah cabaran Timor Leste biarpun rakan serantau itu kini berada di tangga ke-195 dunia.
Ini kerana Timor Leste telah mempamerkan permainan yang berbahaya dari segi serangan dan mereka mungkin menurunkan dua atau tiga pemain naturalisasi sebagai pembakar semangat.
Foto - Stadium Astro
Katanya, perlawanan ini juga penting buat Malaysia dan dia berharap pemain dapat memberikan fokus penuh namun pada masa sama tidak terlalu yakin.
Cheng Hoe juga mahu pastikan jadual perlawanan yang jatuh pada hari raya kedua tidak mengganggu persediaan skuad Harimau Malaya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi