← Back to list
Keselamatan Kontinjen Negara Ke Olimpik Tokyo Jadi Keutamaan MOM.
Jul 15, 2021
Majlis Olimpik Malaysia tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi dalam sasaran pingat kontinjen negara pada Olimpik Tokyo 2020.
Jelas Setiausaha Agungnya, Datuk Nazifuddin Najib, ia susulan situasi semasa pandemik Covid-19 dan prestasi atlet negara lain yang sukar dijangka termasuk tuan rumah.
Keutamaan MOM buat masa ini adalah memastikan kontinjen negara selamat tiba di Tokyo tanpa sebarang kes positif Covid-19.
Dalam pada itu, norma baru akan mewarnai upacara penyampaian pingat Olimpik kali ini.
Pemenang perlu menyarung sendiri pingat yang mereka menangi berbeza dengan kelaziman, yang mana VIP akan mengalungkan pingat kepada pemenang.
Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, berjabat tangan atau pelukan juga tidak dibenarkan pada upacara itu bagi elak risiko jangkitan Covid-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi