← Back to list
Kontinjen Negara Ke Olimpik Bawa Harapan Tinggi Raih Emas Pertama.
Jul 14, 2021
Harapan tinggi diletakkan kepada kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.
Itu kata-kata Timbalan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana untuk kontinjen Malaysia.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kesemua 30 atlet akan berusaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan sekaligus meraih emas pertama Malaysia pada temasya tersebut.
Tambahnya, kerajaan telah berusaha membantu dengan membenarkan semua atlet menjalani latihan dengan SOP ketat pada waktu pandemik COVID-19 melanda.
Dalam pada itu, Institut Sukan Negara yakin kontinjen negara sudah bersedia menyahut cabaran pada Sukan Olimpik Tokyo.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata ini kerana kesemua 30 atlet yang terlibat berada dalam keadaan fizikal terbaik mereka.
Ini selepas pihaknya melakukan penilaian sepanjang proses persiapan mereka ke temasya tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi