← Back to list
Kouta lebih pemain naturalisasi perlu kajian menyeluruh
May 21, 2019
Foto - Stadium Astro
Cadangan untuk membuka lebih kuota pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan perlu kajian menyeluruh selain perlu mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kesannya bukan sahaja dari sudut sukan tetapi aspek keselamatan dan kebajikan serta hubungan diplomatik.
Foto - Stadium Astro
Malah beliau juga bimbang masalah sama dihadapi kesan daripada menaturalisasikan atlet seperti dibuat kerajaan ketika menghadapi Sukan Komanwel 1998.
Ini kerana katanya, daripada tiga atlet yang dinaturalisasikan, dua dianggap berjaya manakala yang satu lagi didapati menimbul banyak masalah.
Foto - Stadium Astro
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi kelolaan FAM itu mengakui usaha sedang giat dijalankan dan menerusi pelan jangka pendek.
Pemain Melaka United, Liridon Krasniqi dan penyerang sensasi Kuala Lumpur, Guilherme De Paula kini semakin hampir mengikut jejak Mohamadou Sumareh selaku pemain naturalisasi negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi