← Back to list
Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang dibuka semula
May 23, 2019
Foto - Stadium Astro
Selepas sembilan bulan ditutup, Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang kembali beroperasi seperti biasa sekaligus memberi kelegaan kepada penembak negara.
Ini kerana mereka terpaksa menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil yang agak kecil dan tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan.
Foto - Stadium Astro
Bagi atlet menembak kebangsaan, Muhammad Ezuan Nasir Khan, beliau mengakui agak terjejas apabila venue latihan dan kejohanan di Subang itu ditutup, tahun lalu.
Ini kerana katanya, untuk acara menembak atlet perlu menyertai kejohanan setiap bulan untuk memperbaiki hasil bidikan di samping memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa.
Foto - Stadium Astro
Pembukaan itu juga bermakna akan adanya kembali penganjuran kejohanan-kejohanan menembak yang boleh disertai para penembak negara sebagai medan menguji prestasi mereka.
Venue latihan skuad kebangsaan itu ditutup September tahun lalu selepas seorang remaja bunuh diri menggunakan senjata api.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi