Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

berita sukan

← Back to list

Liga M ditunda angkara COVID-19

Mar 13, 2020


Liga M ditunda angkara COVID-19

Foto - Football Association of Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersetuju menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berkuatkuasa 16 Mac ekoran kebimbangan penularan wabak COVID-19.

Keputusan menangguhkan perlawanan domestik itu turut membabitkan saingan liga amatur kelolaan Amateur Football League (AFL) serta pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) kelolaan FAM.

Namun, perlawanan keempat Liga Super, Liga Premier, Piala Belia dan MPFL 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, Sabtu dan Ahad akan diteruskan tetapi tanpa kehadiran penyokong di stadium.

-----

Gagal sediakan venue, aksi PJCFC-TFC ditunda

Foto - New Straits Times

Perlawanan Liga Super, Petaling Jaya City FC menentang Terengganu FC yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata, penagguhan itu terpaksa dibuat selepas skuad kendalian K. Devan itu gagal menyediakan venue perlawanan buat kedua-dua pasukan.

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menjadi gelanggang tuan rumah PJ City masih lagi tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja baik pulih padang dan bilik persalinan masih belum siap sepenuhnya.

-----

Nasib SUKMA Johor diketahui minggu depan

Foto - Harian Metro

Keputusan sama ada penganjuran SUKMA Johor 2020 yang dijadual berlangsung Julai ini akan diteruskan atau tidak akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA, minggu depan.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan muktamad akan diperoleh pada mesyuarat dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya, kerajaan negeri Johor sedar dan mengambil maklum dengan situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negara ini yang semakin membimbangkan.


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi