← Back to list
Liga-M kekal tanpa penonton
Aug 13, 2020
Liga-M kekal tanpa penonton
Foto - Malaysian Football League
Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan kembali bersambung pada 26 Ogos ini kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Justeru katanya, pihak penganjur perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.
-----
Kapten skuad ragbi 7s kebangsaan diumum tidak lama lagi
Foto - Kesatuan Ragbi Malaysia
Kapten skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara akan diumumkan dalam masa terdekat selepas Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan lima pemain senior untuk diserap ke dalam Skuad Projek 2026.
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berkata, calon kapten adalah Muhammed Ameer Nasrun Zulkeffli, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Muhammad Zulhisham Rasli, Amalul Hazim Nasarrudin dan Azizul Hakim.
Selepas lebih sebulan skuad kendalian ketua jurulatih skuad kebangsaan Saizul Hafifi Mohd Noor memulakan latihan, beliau masih belum menamakan kapten pasukan.
-----
SuperKIP sasar prestasi terbaik di Red Bull Ring
Foto - Petronas SRT
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sasar meraih prestasi terbaik pada GP Austria hujung minggu ini selepas beransur pulih daripada kecederaan.
Penunggang Petronas Sprinta Racing itu berkata, pasukan perubatan banyak membantu proses pemulihannya untuk dia terus berlumba di lita Red Bull Ring itu nanti.
SuperKIP terbabit kemalangan pada sesi latihan GP Republik Czech namun berjaya tamatkan perlumbaan di tempat ke-22, dua hari kemudian walaupun bermula dari barisan belakang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi