← Back to list
Liga Malaysia buka tirai 28 Februari 2020
Dec 13, 2019
Liga Malaysia buka tirai 28 Februari 2020
Foto - JohorSouthernTigers
Liga Bola Sepak Malaysia maklumkan, sepak mula Liga Malaysia 2020 akan membuka tirainya, 28 Februari depan.
Ia akan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, JDT dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.
Sejumlah 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier akan berentap memburu kejuaraan musim depan yang bakal berakhir pada 19 Julai 2020.
-----
Selangor United kini dikenali Sarawak United
Foto - Vocket FC
Liga Bola Sepak Malaysia meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Sarawak untuk menukar status pemilikan Selangor United Football Club kepada Sarawak United Football Club.
Serentak itu, Sarawak akan mengisi slot Selangor United dalam Liga Premier musim 2020 dengan nama Sarawak United.
MFL turut luluskan penyertaan pasukan Selangor II dan Perak II untuk bertanding di Liga Premier musim depan.
-----
Amirul Hadi Zainal kini jadi jurulatih
Foto - Berita Harian
Bekas pemain tengah JDT, Amirul Hadi Zainal menyertai barisan kejurulatihan Rafael Gil Sanchez dalam pasukan JDT II.
Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya itu adalah pemain senior kedua JDT yang menjadi jurulatih Harimau Selatan.
Ini selepas selepas bekas kapten JDT II, Shakir Saari menyertai barisan kejurulatihan skuad utama, minggu lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi