← Back to list
Liridon Krasniqi kini miliki MyKad
Feb 03, 2020
Liridon Krasniqi kini miliki MyKad
Foto - Football Association of Malaysia
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim, Liridon Krasniqi semakin hampir menyarung jersi skuad Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sahkan, pemain kelahiran Kosovo itu sah menjadi warganegara Malaysia dan telah menerima MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, hari ini.
Badan induk itu akan menghantar segera dokumen terbaru kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk lengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
---
Status bintang bukan jaminan!
Foto - Stadium Astro
Status bintang bukan jaminan buat pemain Kelantan dapat membarisi kesebelasan utama skuad The Red Warriors dalam Liga Premier, musim ini.
Jurulatihnya, Yusri Che Lah berkata, semua pemain memiliki peluang sama rata untuk membarisi skuad utama jika pamer aksi terbaik dalam sesi latihan dan aksi persahabatan.
Paling penting katanya, pemain perlulah berkeinginan tinggi untuk melonjakkan pasukan Kelantan ke tahap yang lebih baik dalam carta liga.
---
Kento Momota kembali ke gelanggang
Foto - Stadium Astro
Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota kembali menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan Jepun, hari ini.
Difahamkan, kem latihan berkenaan untuk kejohanan akan datang termasuk kejohanan berprestij, All England, bulan depan.
Momota bersama beberapa individu lagi terbabit kemalangan di ibu negara ketika dalam perjalanan menuju ke KLIA, sehari selepas menjuarai kejohanan Masters Malaysia, bulan lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi