← Back to list
London utara milik Tottenham!
Jul 13, 2020
Tottenham bangkit daripada ketinggalan untuk kalahkan Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris.
The Gunners mendahului perlawanan menerusi jaringan penyerangnya, Alexandre Lacazette sebelum Son Heung Min menyamakan kedudukan untuk Spurs 3 minit kemudian.
Foto : Facebook Tottenham Hotspur
Pemain pertahanan, Toby Alderweireld muncul wira apabila menanduk masuk gol kemenangan untuk Spurs kira-kira 10 minit sebelum perlawanan tamat.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho pintas Arsenal untuk duduki tangga ke-8 liga.
Sementara itu, perebutan untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris kian rancak.
Foto : Facebook AFC Bournemouth
Bournemouth cipta kemenangan mengejut 4-1 ke atas Leicester dengan Dominic Solanke muncul wira apabila menjaringkan 2 gol.
Bournemouth kini di tangga ke-18, ketinggalan 3 mata dari zon selamat.
Foto : Facebook Aston Villa
Satu lagi pasukan yang bergelut untuk kekal dalm saingan EPL, Aston Villa turut catat kemenangan apabila tundukkan Crystal Palace 2-0.
Villa menghuni tangga ke-19 dengan hanya 1 mata di belakang Bournemouth.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi