← Back to list
Luqman Hakim muncul di Jupiler Pro League
Oct 24, 2020
Luqman Hakim muncul di Jupiler Pro League
Foto - KV Kortrijk
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin cipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League.
Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 sewaktu KV Kortrijk tumpas 1-3 di tangan Anderlecht, awal pagi tadi.
Kemasukan Luqman dilihat berjaya memberi impak apabila gerakannya membolehkan KV Kortrijk mendapat sepakan penalti pada penghujung perlawanan.
-----
Selangor kekalkan 75 peratus pemain
Foto - Selangor Football Club
Selangor FC dilapor akan mengekalkan 75 peratus daripada pemain yang berada dalam skuad senior musim ini untuk saingan Liga Malaysia 2021.
Setakat ini, Red Giants sudah membuat keputusan untuk tidak menyambung khidmat lima pemain dan tiga daripada mereka berstatus senior termasuk pertahanan Nicholas Swirad.
Menurut ARENA, kontrak empat import yang ditunjangi penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun akan berakhir pasca Piala Malaysia.
-----
Kuala Lumpur pancing Ramon Marcote
Foto - Berita Harian
Kuala Lumpur FA dilapor berminat untuk mendapatkan bekas jurulatih Kedah, Ramon Marcote untuk kendalikan pasukan itu, musim depan.
Menurut ARENA, KLFA mungkin terpaksa melepaskan pengendali sedia ada, Nidzam Adzha Yusoff kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan.
FAM menetapkan, jurulatih divisyen utama perlu mempunyai pengiktirafan lesen Diploma Profesional daripada Konfederasi Bolasepak Asia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi