← Back to list
MFL terbuka isu penggunaan pengadil import
Jul 04, 2019
MFL terbuka isu penggunaan pengadil import
Foto - MFL
Liga Bola Sepak Malaysia tidak ada halangan untuk gunakan pengadil import dalam Liga Malaysia termasuk pada aksi final Piala FA , 27 Julai ini.
MFL berkata, idea itu telah lama dicadangkan, namun tidak mendapat sokongan penuh daripada segelintir pihak atas beberapa faktor.
Justeru MFL minta semua pihak tidak terpengaruh dengan spekulasi yang cuba ditimbulkan bagi mengeruhkan kerjasama pihaknya dengan FAM.
-----
Pemilihan Presiden KAFA - Anggota diminta buat pilihan tepat
Foto - KAFA
Persatuan Bolasepak Jajahan dan semua pihak yang terlibat digesa buat pilihan yang tepat pada pemilihan Presiden FA Kelantan, hujung minggu ini.
Bekas pemain Kelantan era 70-an, Afandi Yusof mahu mereka memilih individu yang mampu beri pelbagai sumbangan sama ada dari segi dana, buaf fikiran dan sebagainya.
Malah katanya, elakkan memilih individu yang hanya mahukan jawatan untuk kepentingan peribadi sehingga beri kesan kepada pengurusan dan pasukan.
-----
Litar lumba Sungai Petani memasuki fasa kedua
Foto - SkyscraperCity
Pembinaan litar lumba di Sungai Petani bakal memasuki fasa kedua beberapa bulan lagi libatkan peruntukkan 20 juta ringgit.
Exco Belia dan Sukan negeri Kedah berkata, fasa pertama membabitkan kerja seperti meratakan tanah telah pun selesai dilaksanakan.
Litar Antarabangsa Sepang pula akan bertindak sebagai penasihat teknikal termasuk mengenai pelaksanaan pembangunan litar.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi