← Back to list
MOM cadang tubuhkan jawatankuasa pengurusan krisis
Jun 11, 2019
Foto - Majlis Olimpik Malaysia
Majlis Olimpik Malaysia cadang tubuhkan jawatankuasa pengurusan krisis bagi menangani masalah yang timbul dalam persatuan sukan kebangsaan.
Katanya, penubuhan jawatankuasa itu turut dipersetujui Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negata.
Foto - Astro Arena
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan mewujudkan jawatankuasa itu dalam masa terdekat.
Selain MOM, kementerian dan pemegang taruh berkaitan, jawatankuasa itu juga akan turut dibarisi Pesuruhjaya Sukan.
Foto - MAKAF
Menurut MOM, cadangan itu timbul susulan krisis dalaman yang dialami Persekutuan Karate Do Malaysia, baru-baru ini.
Malah katanya, krisis dalaman bukan sahaja akan dialami MAKAF, tetapi akan turut dihadapi oleh persatuan sukan kebangsaan yang lain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi