← Back to list
Malaysia kandas di suku akhir badminton Piala Sudirman
May 24, 2019
Foto - BWF
Malaysia kandas pada peringkat suku akhir badminton Piala Sudirman selepas tewas 0-3 kepada Jepun.
Wakil pertama negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi hampir memberikan mata pertama buat negara sebelum tewas kepada Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 21-13, 24-26 dan 21-23.
Foto - BWF
Cabaran negara seterusnya diteruskan Soniia Cheah namun dia tewas kepada pemain di ranking kedua dunia, Nozomi Okuhara 16-21, 13-21.
Harapan negara untuk mengutip satu mata menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia juga tidak kesampaian apabila dia tewas kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota 18-21, 16-21.
Foto - BWF
Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada pemain-pemain negara yang memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian pada dua edisi terdahulu di Australia dan China.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi