← Back to list
Malaysia sedia bida hak penganjuran Piala Dunia e-Sukan, Mobile Legends.
Apr 21, 2019
Kementerian Belia dan Sukan sedia bida hak tuan rumah untuk menganjurkan Piala Dunia e-Sukan, Mobile Legends.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan, pihaknya akan cuba untuk bawa kejohanan itu ke negara ini.
Bagaimanapun, tarikh sebenar kejohanan e-sukan itu belum didedahkan lagi sama ada sebelum atau selepas temasya Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.
Sementara itu, KBS mahu tiga persatuan yang masih berhutang dengan Majlis Olimpik Malaysia agar langsaikannya secepat mungkin.
Foto: Kosmo
Setakat ini pihaknya akan membiarkan mereka jalankan proses rundingan sebelum wujudnya campur tangan daripada kementerian.
Terdahulu, MOM berkata pihaknya mungkin tidak benarkan persatuan sukan terlibat menghantar atlet mereka ke Sukan SEA Filipina jika hutang berjumlah ratusan ribu ringgit itu tidak dilangsaikan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi