← Back to list
Malaysia tambah duka Indonesia
Nov 23, 2019
Malaysia tambah duka Indonesia
Foto - Live Streaming
Skuad bawah 18 tahun negara singkirkan Indonesia pada separuh akhir Kejuaraan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia yang berlangsung di Balikpapan, malam tadi.
Malaysia menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat masa permainan sebenar dan masa tambahan.
Pasukan negara akan bertemu Thailand di pentas akhir hari ini, sekali gus memperbaiki pencapaian menduduki tempat keempat pada edisi lalu.
-----
Luqman Hakim sahut cabaran
Foto - Fox Sports
Luqman Hakim Shamsudin sedia sahut cabaran menggantikan Safawi Rasid dalam skuad bawah 22 tahun negara ke Sukan SEA Filipina.
Pemain lepasan Akademi Mokhtar Dahari itu beritahu Harian Metro, ketiadaan Safawi bagus untuk dia menimba lebih pengalaman.
Malah, dia mahu buktikan kepada Datuk Ong Kim Swee, pemilihannya ke temasya dwitahunan itu adalah berbaloi.
-----
Kim Swee akur ketiadaan Wan Kuzain
Foto - Berita Harian
Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee akur Wan Kuzain Wan Kamal tidak dapat disenaraikan ke Sukan SEA Filipina.
Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu terpaksa digugurkan ekoran dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.
Tambah Kim Swee, ketiadaan Kuzain sememangnya sedikit dirasai kerana pemain berusia 21 tahun itu telah mula menunjukkan keserasian bersama pasukan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi