← Back to list
Malaysia terima kekalahan kedua berturut-turut.
Oct 11, 2019
Foto : MFL
Skuad Harimau Malaya pamer prestasi hambar apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022.
Gol kemenangan skuad Naga Emas itu hadir 5 minit sebelum tamat babak pertama.
Ianya merupakan kekalahan ke-2 berturut-turut skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam saingan itu selepas tewas 1-2 kepada UAE sebelum ini.
Foto : MFL
Dalam pada itu, Cheng Hoe mengelak daripada berjumpa wartawan sebaik perlawanan tamat.
Namun penolongnya, S. Balachandran berkata walaupun gagal raih sebarang mata, peluang ke pusingan seterusnya masih terbuka.
Dalam satu lagi aksi, UAE belasah Indonesia 5-0 untuk ungguli saingan kumpulan G dengan 6 mata daripada 2 perlawanan.
Sementara Malaysia di kedudukan ke-4 dengan 3 mata selepas harungi 3 perlawanan.
Antara keputusan lain,
Jepun aibkan Mongolia 6-0,
China menang 7-0 ke atas Guam,
Korea Selatan belasah Sri Lanka 8-0.
Dan, Iran berpesta gol selepas belasah Kemboja 14-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi