← Back to list
Mercedes juara dunia pengeluar F1 kali ketujuh berturut-turut
Nov 02, 2020
Mercedes juara dunia pengeluar F1 kali ketujuh berturut-turut
Foto - Mercedes-AMG F1
Pasukan F1 Mercedes mengesahkan kejuaraan dunia pengeluar buat kali ketujuh berturut-turut menerusi kemenangan Lewis Hamilton pada GP Emilia Romagna di litar Imola.
Seorang lagi pelumbanya, Valtteri Bottas yang bermula dari petak utama tamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pemandu Renault, Danial Ricciardo di kedudukan ketiga.
Hamilton yang kini mengumpul 93 kemenangan dalam pada itu dijangka merangkul gelaran juara dunia pelumba buat kali ketujuh pada GP Turki, 15 November ini.
-----
Gareth Bale kembali temui sentuhan di London
Foto - Evening Standard
Hanya dua minit diperlukan Gareth Bale yang masuk sebagai pemain gantian untuk jaringkan gol kemenangan Tottenham ketika kalahkan Brighton 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Ini merupakan gol sulung Bale yang kembali menyarung jersi Spurs musim ini selepas kali terakhir melakukannya ketika menentang Sunderland, lebih 7 tahun lalu.
Kemenangan itu membantu skuad kendalian Jose Mourinho naik ke tangga kedua liga dengan mengumpul 14 mata, dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.
-----
Arsenal hapus rekod tanpa kemenangan di Old Trafford
Foto - Premier League
Jaringan penalti Pierre Emerick Aubameyang pada separuh masa kedua bantu Arsenal kalahkan Manchester United 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Ini merupakan kemenangan pertama Arsenal di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak September 2006 juga dengan jumlah jaringan yang sama.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dalam pada itu kini tersadai di tangga ke-15 liga dengan hanya mengutip 7 mata daripada enam perlawanan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi