← Back to list
Negeri Sembilan kekalkan 4 pemain import
Dec 30, 2019
Negeri Sembilan kekalkan 4 pemain import
Foto - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan mengekalkan khidmat empat pemain import sedia ada bagi mengharungi kempen Liga Malaysia, musim depan.
Tiga pemain import berkenaan berasal dari Brazil iaitu Matheus Fernandes Vila Real, Jose Almir Barros Neto dan Igor Carneiro Luiz serta Shunsuke Nakatake dari Jepun.
Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, mereka dikekalkan berdasarkan sumbangan positif yang diberikan bersama Skuad Rusa, musim ini.
-----
D. Saarvindran intai peluang sarung jersi Harimau Malaya
Foto - Terengganu Football Club
Pemain baru Terengganu FC, D. Saarvindran mahu gunakan kesempatan beraksi bersama skuad Penyu untuk intai peluang sertai Harimau Malaya.
Saarvindran pantas mencipta impak apabila jaringkan satu gol untuk TFC ketika terikat 3-3 dengan Kelantan dalam aksi persahabatan pra musim, Jumaat lalu.
Bekas pemain JDT II itu pernah buat satu penampilan bersama skuad kebangsaan selain pasukan bawah 21 dan 23 tahun serta Harimau Muda A.
-----
PESAKA bakal buat rombakan besar-besaran
Foto - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia bakal merombak barisan pesilat dan kejurulatihan sedia ada bagi hadapi beberapa kejohanan penting, tahun depan.
Ia bertujuan memantapkan skuad sedia ada serta memberi peluang kepada pesilat baru terutamanya mereka yang menyinar pada kejohanan kebangsaan dan SUKMA Johor 2020.
PESAKA dijangka bermesyuarat hujung minggu ini sebelum menyerahkan beberapa nama kepada Majlis Sukan Negara untuk dipertimbangkan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi