← Back to list
Nik Akif Syahiran nafi mahu tinggalkan Kelantan
Apr 11, 2019
Foto - Stadium Astro
Pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat nafi mahu tinggalkan skuad The Red Warriors dan bersedia menebus kontrak berjumlah RM1 juta.
Katanya kepada Berita Harian Online, komen yang diberi kepada wartawan itu berbeza dengan laporan yang diterbitkan dan seolah-olah ingin mengeruhkan keadaan.
Foto - Stadium Astro
Menurut pemain skuad bawah 23 negara itu lagi, laporan tersebut menyatakan seolah-olah dia ingin menebus kontrak dan berhijrah ke pasukan lain demi menyelamatkan karier.
Sebaliknya Nik Akif berkata, jika ada pasukan yang mahukan khidmatnya, pasukan terbabit perlu berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan terlebih dahulu.
Foto - Stadium Astro
Sebuah akhbar tempatan kelmarin melaporkan, Nik Akif Syahiran mahu angkat kaki ekoran kemelut berpanjangan yang melanda pasukan itu.
Namun katanya, semua pemain pasukan ketika ini memahami masalah yang dihadapi pengurusan dan yakin ia mampu diselesaikan dengan baik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi