← Back to list
PSM sedia kurangkan hukuman Syahir, Zulkifli
Oct 16, 2019
Foto : Stadium Astro
Persatuan Sepaktakraw Malaysia sedia kurangkan hukuman penggantungan 2 bekas tekong, Syahir Rosdi dan Zulkifli Abdul Razak.
Ini selepas badan induk itu terima surat rayuan memohon hukuman mereka dikurangkan.
Tempoh penggantungan mereka selama 2 tahun itu boleh dikurangkan kepada setahun bergantung kepada Jawatankuasa Rayuan PSM yang akan bersidang Jumaat ini.
Foto : Stadium Astro
Dalam pada itu, ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad berkata tiada jaminan bahawa rayuan yang dibuat kedua-dua pemain itu akan buka semula peluang mereka menyarung kembali jersi kebangsaan.
Untuk rekod, kedua-dua pemain itu digugurkan daripada skuad kebangsaan Jun lalu atas masalah disiplin.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi