← Back to list
Pasukan Liga Malaysia masih tidak dibenar jalani latihan
Jun 01, 2020
MFL tetap tidak beri kebenaran kepada pasukan Liga Malaysia untuk adakan sesi latihan sehingga mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara.
CEO nya berkata ianya selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan PKPB sehingga 9 Jun ini.
Foto : Stadium Astro
Datuk Abdul Ghani Hassan berharap semua pasukan terus mematuhi arahan tersebut sehingga kerajaan memaklumkan mengenai perkembangan terbaru PKPB.
Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan minta mana-mana FA negeri tidak keluarkan SOP sendiri untuk
adakan sesi latihan dalam tempoh PKPB ini.
Ini selepas terdapat laporan bahawa FA Selangor sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk mulakan sesi latihan mereka mengikut SOP PKPB 9 Jun ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi