← Back to list
Pemain bawah 23 tahun negara bawah keseimbangan dalam Harimau Malaya
May 30, 2019
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sifatkan potensi besar dimiliki pemain bawah 23 tahun negara sebagai aset masa depan bola sepak tanah air.
Cheng Hoe senaraikan 11 pemain B-23 bagi pemilihan menghadapi 'playoff' Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berdepan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini.
Foto - Stadium Astro
Cheng Hoe menjadikan pencapaian diraih pemain B-23 pada Sukan SEA KL2017 selain sejarah dicipta pada Kejuaraan AFC B-23 2018 di China dan prestasi di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sebagai kriteria utama pemilihan pemain B-23.
Malah pengendali berusia 51 tahun itu berkata, kehadiran ramai pemain B-23 juga memberikan keseimbangan di dalam skuad kali ini.
Foto - Stadium Astro
Beliau berkata, keseimbangan itu diperlukan bagi mengharungi tiga aksi termasuk perlawanan persahabatan berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
Justeru, beliau berharap pemain muda negara sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri dan menunjukkan kualiti tertinggi setiap kali beraksi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi