← Back to list
Piala AFF ditunda ke tahun depan!
Jul 31, 2020
Piala AFF sah ditunda
Foto : Stadium Astro
Piala AFF 2020 sah ditunda ke tahun depan!
Keputusan itu dibuat Persekutuan Bola Sepak ASEAN selepas pertimbangkan beberapa faktor termasuk keselamatan dan kesihatan sejagat ekoran situasi semasa COVID-19.
Namun, tarikh kejohanan tersebut akan dilangsungkan masih belum diumumkan.
Sebelum ini, Piala AFF dijadual berlangsung pada 23 November hingga 31 Disember.
---
Kedah berdepan risiko terlepas Liga-M musim depan
Foto : Facebook Kedah FA
FA Kedah berdepan risiko tidak beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan!
Ia ekoran kemelut kewangan yang menyaksikan persatuan itu gagal membayar gaji pemain dan stafnya sejak 5 bulan lalu.
FAM beri tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk FA Kedah melunaskan tunggakan gaji tersebut atau berdepan masalah pelesenan tahun depan sekaligus tidak dapat beraksi dalam saingan Liga-M.
---
Sergio Perez pelumba F1 pertama positif COVID-19
Foto : Reuters
Sergio Perez jadi pelumba F1 pertama disahkan positif wabak COVID-19.
Pelumba Racing Point itu kini sedang jalani tempoh kuarantin sendirian dan akan terlepas perlumbaan GP Britain hujung minggu ini.
Dalam pada itu, pelumba F1 Mercedes, Lewis Hamilton sasar untuk meraih gelaran hatrik pada perlumbaan GP Britain hujung minggu ini.
Juara dunia 6 kali itu bagaimanapun sifatkan suasana di litar Silverstone akan menjadi pelik hujung minggu ini ekoran ketiadaan penonton.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi