← Back to list
Presiden KAFA letak jawatan
Jul 20, 2020
Presiden KAFA letak jawatan
Foto - Astro Awani
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan berkuatkuasa 6 Julai lalu.
Keputusan itu dibuat kerana beliau tidak lagi mampu memimpin KAFA dan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru bagi menerajui persatuan itu.
KAFA maklumkan, buat masa ini pihaknya masih belum memikirkan untuk mengadakan pemilihan presiden baru bagi mengisi kekosongan itu.
-----
KBS cari penyelesaian terbaik buat Khalid Jamlus
Foto - Astro Awani
Kementerian Belia dan Sukan sedang merangka kaedah meningkatkan aspek kebolehpasaran Khalid Jamlus terutama dalam bidang kejurulatihannya.
Menurut KBS, Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah mengaturkan pertemuan dengan bekas pemain kebangsaan itu.
Khalid terpaksa menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu setelah menganggur selama tiga tahun dan kontraknya sebagai penolong jurulatih pasukan PDRM tidak disambung.
-----
Quartararo julang Petronas, SIC
Foto - Petronas Yamaha SRT
Kejayaan Fabio Quartararo meraih kejuaraan sulung MotoGP di Litar Jerez, Sepanyol semalam telah mengharumkan jenama Malaysia di pentas sukan permotoran antarabangsa.
Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata kejayaan yang dilakar pelumba Perancis itu turut menaikkan jenama Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam saingan kelas premier perlumbaan dua roda berkenaan.
Razlan berkata, pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team terus melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan GP Andalusia yang dijadual berlangsung minggu depan di litar yang sama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi