← Back to list
Puasa bukan alasan tidak beraksi baik - PJBM
May 06, 2019
Foto - Stadium Astro
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia tidak mahu pasukan Liga M jadikan bulan Ramadan alasan pemain-pemain gagal beri aksi terbaik.
Presidennya, B. Sathianathan berkata, kesemua pasukan harus bersedia hadapi perlawanan yang diadakan pukul 10 malam sepanjang bulan puasa.
Foto - Stadium Astro
Tegasnya, sepatutnya tidak ada alasan untuk pemain beraksi dan dia percaya mereka juga sudah biasa kerana ini bukan kali pertama aksi berlangsung pada bulan puasa.
Tambah ketua jurulatih Selangor itu, beliau sudah 29 tahun dalam bidang ini dan cukup memahami situasi pemain ketika di bulan Ramadan.
Foto - Stadium Astro
Malah, beliau mengambil pendekatan dengan membenarkan pemain menjalani latihan pada lewat malam bagi memberi ruang kepada pemain menunaikan solat tarawih.
Liga Bolasepak Malaysia mengambil keputusan meneruskan perlawanan Liga Super dan Liga Premier selain aksi suku akhir kedua Piala FA sepanjang bulan puasa ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi