← Back to list
Rafiq Ismail dinobat Atlet Terbaik 2018 pada majlis Anugerah SAM.
Apr 11, 2019
Foto : Astro Awani
Atlet boling, Muhammad Rafiq Ismail dinobatkan sebagai Atlet Terbaik 2018 pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, malam tadi.
Ia ekoran kejayaannya muncul atlet Malaysia pertama meraih gelaran pada Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018 di Hong Kong dalam tempoh 39 tahun.
Foto : Utusan
Jaguh olahraga para kebangsaan pula, Mohamad Ridzuan Puzi dinobat sebagai Atlet Paralimpik Terbaik selepas rangkul 3 emas pada Sukan Asia tahun lalu, selain perbaharui rekod dunia dan juga Asia.
Kedua-dua atlet tersebut bawa pulang trofi dan hadiah wang tunai 10 ribu ringgit.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi