← Back to list
Rekod pertemuan bukan ukuran.
Sep 05, 2019
Foto : Astro Awani
Ketua jurulatih Harimau Malaya enggan jadikan rekod pertemuan antara Malaysia dengan Indonesia sebagai kayu pengukur menjelang aksi pembukaan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 malam ini.
Tan Cheng Hoe berkata dia dan anak buahnya tekad untuk tamatkan badi 15 tahun tanpa sebarang kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno.
Untuk rekod, Malaysia telah berdepan Indonesia sebanyak 95 kali sejak 1957 dengan rekod menang 35 kali dan tewas 39 kali.
Tambahnya, untuk mencapai kemenangan, anak buahnya perlu pamer kerjasama berpasukan pada aksi malam ini.
Foto : Stadium Astro
Dalam pada itu, kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias mahu rakan sepasukannya bijak menyerap tekanan ribuan penyokong tuan rumah.
Biarpun akui ia bakal menguji kekuatan mental mereka, penjaga gol itu tetap yakin dengan kemampuan pasukannya untuk catat keputusan positif.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi