← Back to list
Robert Gambardella CEO baru ABM
Jul 21, 2020
Robert Gambardella CEO baru ABM
Foto - New Straits Times
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Menurut BAM, pemilihan Gambardella dibuat berdasarkan pengetahuannya dalam industri sukan selain pengalaman selama tujuh tahun memegang jawatan sebagai Ketua Institut Sukan Singapura.
Difahamkan, bekas CEO Interim Persatuan Menembak Amerika Syarikat itu akan mulakan tugas pada 1 Ogos ini, tertakluk kelulusan daripada Jabatan Imigresen.
-----
MSN setuju Program Podium dinilai semula
Foto - Majlis Sukan Negara
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail sambut baik Penubuhan pasukan petugas khas bagi menilai dan memperkasakan Program Podium.
Katanya, penubuhan itu tepat pada masanya bagi menilai kembali Program Podium dari segi keberkesanan dan adakah ini pendekatan terbaik dalam mengendalikan program latihan atlet dalam jangka masa sederhana.
Ditanya sekiranya pasukan petugas khas ini boleh melakukan cadangan atau merombak program sedia ada, Ahmad Shapawi berkata, itu adalah tugas yang perlu dilakukan pasukan berkenaan.
-----
Malaysia perlu masa gilap pelumba F1
Foto - Facebook Alex Yoong
Bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong akui Malaysia memerlukan masa untuk menggilap bakat muda tanah air dalam sukan permotoran berprestij itu.
Namun Alex berasakan tempoh untuk menghasilkan pemandu F1 mungkin boleh dipercepatkan antara 10 hingga 15 tahun sekiranya program pembangunan pelumba berjalan dengan lancar.
Beliau juga tidak menafikan perkembangan semasa terutama penggunaan permainan simulasi yang hampir sama dengan jentera sebenar mampu percepat proses pembangunan pemandu berbakat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi