← Back to list
Roslin jangkakan Zii Jia mampu mara jauh pada Terbuka Thailand.
Jan 05, 2021
Foto: Stadium Astro
Roslin Hashim berharap Lee Zii Jia mampu cipta kejutan pada kejohanan badminton Terbuka Thailand yang akan bermula 12 Januari ini.
Bekas pemain nombor 1 dunia itu beritahu Astro Arena, ini kerana kuasa besar badminton iaitu China dan Jepun menarik diri daripada kejohanan tersebut akibat COVID-19.
Tambah Roslin, pemain negara perlu gunakan kejohanan ini untuk mara sejauh mungkin bagi mengutip mata untuk melayakkan diri ke saingan akhir Jelajah Dunia BWF hujung bulan ini.
Foto: Stadium Astro
Sementara itu, Lee Zii Jia sifatkan skuad badminton negara berada dalam keadaan tempang untuk harungi 2 kejohanan badminton antarabangsa di Thailand bulan ini.
Perseorangan lelaki utama negara itu berkata demikian ekoran ketiadaan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi