← Back to list
S. Kisona Ingin Cipta Kejutan!
Feb 28, 2021
Mahu cipta kejutan pada penampilan pertama
Foto: Stadium Astro
S. Kisona berharap mampu cipta kejutan pada kejohanan badminton All England yang akan bermula 17 Mac depan.
Pemain perseorangan wanita negara tersebut akui telah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk kejohanan berkenaan.
Pemenangan pingat emas Sukan SEA 2017 tersebut bakal buat penampilan pertamanya pada kejohanan badminton tertua dunia itu.
---
KL United juara edisi sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan
Foto: KL United
Kuala Lumpur United muncul juara edisi pertama Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan!
Skuad kendalian Bojan Hodak itu tewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan.
Pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin muncul wira KL apabila menjaringkan sepakan penalti ke-4 sekaligus membolehkan pasukannya menjulang trofi tersebut.
Lebih malang buat pasukan Selangor, penyerang barunya, Shahrel Fikri terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-7 akibat kecederaan.
---
Guardiola pecah rekod!
Foto: Stadium Astro
Pep Guardiola meraih kemenangan ke-200 nya sebagai pengurus Manchester City selepas kalahkan West Ham 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris!
Guardiola meraih kejayaan tersebut selepas hanya 273 perlawanan mengendalikan pasukan itu - pengurus terpantas untuk meraih 200 kemenangan dengan mana-mana pasukan.
Ia juga merupakan kemenangan ke-20 berturut-turut City dalam semua kejohanan.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan City mendahului saingan EPL berkelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United yang akan berdepan Chelsea, awal pagi esok.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi