← Back to list
SNBJ gelanggang rasmi Harimau Malaya
Aug 15, 2019
SNBJ gelanggang rasmi Harimau Malaya
Foto - KL2017
Persatuan Bolasepak Malaysia dan Perbadanan Stadium Malaysia tandatangani perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 untuk menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya.
Ini bermakna semua perlawanan skuad kebangsaan termasuk kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2020 akan berlangsung di stadium berkenaan.
Perjanjian berkenaan turut boleh dilanjutkan untuk tambahan dua tahun lagi sehingga 31 Disember 2022 jika mencapai persetujuan bersama daripada kedua-dua belah pihak.
-----
BAM umum barisan pemain ke Sukan SEA Filipina
Foto - New Straits Times
Persatuan Badminton Malaysia hari ini mengumumkan barisan pemain yang akan menggalas cabaran negara pada temasya Sukan SEA Filipina, November depan.
Penyertaan kali ini bagaimanapun dibarisi pemain-pemain muda seperti Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven untuk acara perseorangan lelaki serta Goh Jin Wei dan Soniia Cheah dalam kategori wanita.
Turut serta antara lain beregu lelaki nombor sepuluh dunia, Aaron Chia/Soh Wooi Yik selain beregu campuran, Goh Soon Huat/Shevon Lai.
-----
Piala Malaysia: Terengganu FC mahu teruskan rentak kemenangan
Foto - Melaka United Football Association
Terengganu FC tekad meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia apabila bertemu Negeri Sembilan di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, kemenangan ke atas lawan itu amat penting bagi mencerahkan peluang skuad Penyu ke peringkat suku akhir.
Namun, beliau akui misi bertemu skuad Jang bukan tugas mudah kerana mereka memiliki barisan pemain muda yang mantap terutama di bahagian sayap.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi