← Back to list
Sarawak mahu tarik diri daripada Liga Malaysia?
Nov 04, 2020
Sarawak mahu tarik diri daripada Liga Malaysia?
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia belum terima apa-apa makluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Sarawak berkenaan penarikan diri pasukan itu daripada Liga Malaysia, musim depan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya hanya mengetahui hasrat FAS untuk menarik diri menerusi satu laporan media tempatan di Sarawak, semalam.
Difahamkan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Datuk Posa Majais meluahkan hasrat untuk menarik diri daripada Liga M jika masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.
-----
Piala Malaysia: Perak optimis singkir Kelantan United
Foto - Perak The Bos Gaurus
Perak optimis melakar kemenangan apabila berdepan Kelantan United pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia 2020 yang dijadual berlangsung di Ipoh, Sabtu ini.
Keyakinan itu disuarakan PAFA berdasarkan komitmen serta kesungguhan yang ditonjolkan pemain terutama dalam sesi latihan yang dijalankan sejak Liga Super berakhir.
Namun, pemain-pemain The Bos Gaurus diingtkan agar tidak ambil mudah pasukan lawan kerana elemen kejutan boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam format perlawanan secara kalah mati itu.
-----
Piala Malaysia: Pulau Pinang anggap perlawanan seperti final
Foto - Belakang Gol
Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid sifatkan setiap persaingan dalam Piala Malaysia yang akan membuka tirai pada Jumaat ini umpama perlawanan akhir.
Katanya, dengan format kalah mati saingan yang bermula dengan pusingan 16 terbaik, ia menjadikan laluan yang agak mencabar untuk ditempuhi skuad Harimau Kumbang.
Juara Liga Premier 2020 itu akan membuka tirai kejohanan dengan menentang pasukan Liga Super, UiTM FC di Stadium Bandaraya, Georgetown, Jumaat ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi