← Back to list
Sasaran 3 Pingat Emas Tercapai!
Sep 05, 2021
Sasaran kontinjen negara untuk raih 3 pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo tercapai!
Pingat emas ketiga negara disumbangkan oleh jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly dengan lompatan sejauh 7.45 meter pada aksi final semalam.
Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou pula menghadiahkan emas kedua apabila tewaskan pemain dari Indonesia dengan straight set.
Liek Hou sekaligus cipta sejarah sebagai pemain pertama negara raih emas dalam acara badminton pada Sukan Paralimpik.
Minggu lalu, emas pertama negara disumbangkan oleh jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.
Malaysia turut dihadiahkan 2 pingat perak oleh atlet Boccia, Chew Wei Lun dan seorang lagi atlet powerlifting, Jong Yee Khie.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian atlet Paralimpik yang beraksi cemerlang pada kejohanan kali ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi