← Back to list
Sasaran Pingat Kontinjen Negara Pada Olimpik Tokyo Diketahui Isnin Depan.
Jul 16, 2021
Sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diumumkan Isnin depan.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, sasaran itu dibuat selepas mempertimbangkan kemampuan atlet negara untuk bersaing pada temasya itu.
Pihaknya perlu bersederhana dalam menetapkan sasaran pingat mengambil kira kekangan atlet untuk jalani latihan ekoran pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, majlis bacaan Yasin dan doa munajat sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 telah diadakan secara maya pagi tadi.
Datuk Seri Reezal Merican bersama lebih 200 warga sukan, kakitangan MSN, ISN dan KBS sertai majlis tersebut yang disiarkan secara langsung di Facebook MSN.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi