← Back to list
Selangor, UiTM FC beraksi di luar Lembah Klang
Nov 03, 2020
Selangor, UiTM FC beraksi di luar Lembah Klang
Foto - Astro Radio News
Selangor terpaksa jadikan Stadium Hang Jebat sebagai gelanggang tuan rumah untuk aksi pusingan pertama Piala Malaysia berdepan Melaka, Ahad ini.
UiTM FC pula akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung untuk melayan kunjungan Kelantan, juga pada hari yang sama.
Kedua-dua pasukan terpaksa mencari venue alternatif sebgai gelanggang tuan rumah ekoran pelaksanaan PKPB di Lembah Klang, ketika ini.
-----
MFL nafi undian Piala Malaysia berat sebelah
Foto - Malaysian Football League
Liga Bola Sepak Malaysia tegaskan tidak timbul isu undian berat sebelah dalam saingan Piala Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya jelas MFL, pihaknya selaku badan pengelola Liga Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab secara profesional.
Malah, susunan pasukan dalam setiap balang adalah berdasarkan kedudukan akhir pasukan dalam saingan Liga Super dan Liga Premier musim ini.
-----
TFC tagih khidmat Tuck, Da Sylva
Foto - Berita Harian
Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain harap Lee Tuck dan Dominique Da Sylva sempat pulih untuk aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC, Sabtu ini.
Kedua-dua pemain terbabit alami kecederaan buku lali sewaktu sesi latihan namun sudah menjalani proses pemulihan sejak minggu lepas.
Nafuzi pada masa sama turut ingatkan anak buahnya agar tidak ambil mudah pertemuan tersebut kerana kendalian K. Devan itu penuh dengan kejutan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi