← Back to list
Shahrul Nizam kini milik TFC
Dec 09, 2020
Shahrul Nizam kini milik TFC
Foto - Terengganu Football Club
Bekas pemain Kelantan, Shahrul Nizam Ros Hasni jadi pemain kedua dilamar Terengganu FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia, musim depan.
Difahamkan, bekas pertahanan tengah skuad The Red Warriors dan tonggak kebangsaan Bawah 23 Tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun.
Sebelum ini, TFC yang bakal beraksi di Piala AFC musim depan turut mengikat bekas pemain sayap Pahang, Faisal Abdul Halim selama dua tahun.
-----
K. Rajan pengemudi baru THT
Foto - Berita Harian Singapura
Bekas pengendali skuad hoki Singapura, K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team menjelang Liga Hoki Malaysia, bulan depan.
Pelantikan Rajan selama semusim itu adalah bagi menggantikan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang kini memangku jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Hoki Jawa Barat, Indonesia.
Persatuan Hoki Negeri Terengganu berkata, pemilihan Rajan adalah tepat kerana jurulatih itu mempunyai corak latihan sebagaimana falsafah hoki Terengganu.
-----
Skuad pelayaran tidak sabar ke Eropah
Foto - Berita Harian
Skuad pelayaran negara tidak sabar mulakan latihan insentif menerusi siri Jelajah Eropah Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.
Jurulatih negara, Mohd Affendy Abdullah berkata, pihaknya sudah merangka siri jelajah di Eropah itu yang dijadualkan bermula seawal Februari bagi memantapkan skuad kebangsaan.
Sebelum itu katanya, skuad pelayaran dijangka ke Abu Dhabi bagi menyertai kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik terakhir iaitu Kejohanan Pelayaran Asia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi