← Back to list
Skuad Badminton Muda Negara Terus Cemerlang.
May 31, 2021
Beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Haikal Nazri meraih gelaran antarabangsa pertama mereka!
Gandingan pemain pantai timur itu cipta kejutan apabila menjuarai kejohanan badminton Terbuka Austria apabila menewaskan wakil Perancis dengan straight set.
Ia merupakan gelaran kedua skuad muda negara pada kejohanan itu selepas Choong Hon Jian-Toh Ee Wei turut menjuarai acara beregu campuran.
Ia merupakan gelaran ketiga berturut-turut tahun ini buat pasangan muda negara itu selepas menjuarai Siri Antarabangsa Slovenia dan Terbuka Poland sebelum ini.
Sementara itu, beregu wanita negara, Anna Cheong-Yap Cheng Wen pula muncul naib juara selepas tewas straight set kepada wakil Indonesia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi