← Back to list
Skuad Jang Mahu Buat Lonjakan
Dec 25, 2019
Skuad Jang Rancang Buat Lonjakan
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan sasar jadi 2 pasukan terbaik dalam saingan Liga Premier 2020 untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2021.
PBNS memaklumkan Sinar Harian, sasaran itu mampu direalisasikan selepas mereka buat perubahan besar-besaran dalam skuad utama.
Skuad Rusa bakal dilatih bekas pengendali skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon.
Pasukan itu juga mengikat 7 pemain baharu, termasuk 2 bekas pemain kebangsaan iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.
Wan Jamak Beri Peringatan
Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan gesa program pembangunan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak lupa pada tujuan asal.
Tegas Wan Jamak, bakat tempatan perlu diberi keutamaan berbanding pemain kacukan dalam program tersebut.
Ujar beliau lagi, ia juga bertujuan mencungkil bakat tempatan di peringkat akar umbi yang berkualiti untuk diserap dalam pasukan kebangsaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi