← Back to list
Skuad U16 JDT Muncul Juara Singa Cup
Nov 07, 2019
Skuad bawah 16 tahun JDT muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa, Singa-Cup di Singapura.
Pasukan muda Harimau Selatan menewaskan wakil Australia, Football West 3-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung pagi tadi.
Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi skuad bawah 12 tahun yang terpaksa berpuas hati muncul naib juara, tewas 1-3 kepada Okky Youth Soccer dari Indonesia.
FA Kelantan Perlu Baiki Corak Permainan
FA Kelantan akui banyak aspek perlu diperbaiki bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.
Menurut Ketua Jurulatih, Zahasmi Ismail Liga Premier akan berikan suasana berbeza kepada pasukan berbanding beraksi di Liga M3 musim ini.
Malah, skuad The Red Warriors juga bercadang untuk tambah pemain import daripada 2 kepada 4 pemain.
Tidak Berbelanja Besar
FA Melaka United nafi dakwaan kononnya pasukan berbelanja besar bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Tegasnya, dakwaan itu tidak tepat kerana pihaknya telah berjaya jimatkan 50 ribu ringgit sebulan selepas tandatangani kontrak dengan tujuh pemain setakat ini.
Meskipun kos pengurusan berjaya dikurangkankan, presidennya menegaskan Melaka United akan terus beri saingan hebat dan berkualiti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi